Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak - Berita Jenayah | mStar

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki nyaris maut apabila didatangi seorang lelaki lain yang berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada mereka sebelum bertindak melepaskan tembakan pada jarak tiga meter di Jalan Bunga Raya, Kuang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang Isnin ketika U.Gunasekar, 26, sedang bersembang dengan dua rakannya.

"Lelaki itu telah bertanyakan di mana Agilan dan Guna. Mangsa memberitahu tidak tahu dan lelaki itu tiba-tiba melepaskan satu das tembakan tetapi tidak mengenai mangsa.

"Mangsa terus melarikan diri dan membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata polis menemui satu kelongsong peluru di tempat kejadian dan punca kejadian dipercayai balas dendam.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan