Peneroka Hilang Ditemui Selamat Dalam Gaung

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Seorang peneroka Felda, yang hilang kira-kira 17 jam selepas menjalani rawatan dialisis, ditemui selamat di dalam gaung sedalam tujuh meter di Kilometer 24 Jalan Mat Lagam-Cheneh di sini, Isnin.

Idris Ibrahim, 58, berada di dalam gaung itu selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu menjunam ke dalam gaung itu petang Ahad.

Beliau yang cedera teruk di bahagian muka, ditemui pada 9.50 pagi tadi oleh pekerja ladang dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

Anaknya Hafizah, 34, memberitahu pemberita di sini beliau membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya selepas keluar pada 2 petang semalam untuk menjalani rawatan dialisis di Hospital Kemaman, yang biasanya mengambil tempoh empat jam.

Setelah tidak pulang sehingga 9 malam, beliau mencari bapanya di hospital itu namun dimaklumkan bapanya telah selesai menjalani rawatan itu.

"Sehingga 12 malam, ayah masih belum pulang dan bimbang dengan keadaannya, saya meminta bapa saudara mencarinya di sekitar Kemaman sebelum mengesan lambang kereta Proton Wira di tepi jalan," katanya.

Hafizah berkata bapa saudaranya lantas mencari di sekitar kawasan itu dan mendapati penghadang jalan tercabut sebelum melihat kereta milik ayahnya di dalam gaung itu.

Mereka mencari di sekitar kawasan itu namun gagal mengesan mangsa lalu menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Muhamad Jusoh berkata sebaik menerima panggilan pada 1.43 pagi, beliau mengarahkan 12 anggota membawa dua jentera ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan