Ops Bersepadu 6P: Imigresen Tahan 119 Warga Asing Di Ibu Kota

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 119 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu 6P yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, malam Isnin.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata mereka terdiri daripada 100 lelaki dan 19 wanita berumur antara 20 dan 50 tahun.

"Mereka masing-masing berasal dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia, India, Myanmar dan Vietnam. Antara lokasi operasi ini ialah di sekitar Cheras Utama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit dan Jalan Putra," katanya dalam kenyataan media di sini, Selasa.

James berkata antara kesalahan warga asing itu ialah tidak memiliki dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa serta pas permit disyaki palsu.

Pada masa sama, pihaknya turut menahan enam majikan dan diberikan notis siasatan lanjut kerana menggaji/melindungi pendatang asing tanpa izin.

Beliau berkata operasi itu membabitkan 20 pegawai dan anggota Imigresen dan 33 anggota pelbagai agensi iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan