Op Harga: 22 Peniaga Dikenakan Tindakan

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua puluh dua peniaga dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan pada hari kelapan Op Harga 2014 yang dijalankan di seluruh negara pada Isnin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata daripada jumlah itu 20 peniaga dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 manakala dua di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Dalam operasi itu, sebanyak 5,329 premis perniagaan diperiksa membabitkan nilai rampasan RM3,425.45 dan nilai kompaun sebanyak RM2,200. Dua notis dikeluarkan di Sabah atas kesalahan berkaitan harga barangan," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Menurutnya Sabah dan Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu masing-masing sebanyak lima kes, diikuti Pahang (empat), Perak (tiga), Melaka (dua), Perlis (dua) dan Negeri Sembilan (satu).

Beliau berkata penguat kuasa KPDNKK turut memeriksa 3,002 pasar basah, kedai runcit (831), pasar malam atau pasar tamu (703), pasar tani (192), pasar mini (111), pemborong (91), pasar raya (84), gerai makan (81), kedai makan (75), restoran (74), medan selera (53), serta pasar raya besar (32).

KPDNKK melaksanakan Op Harga 2.0 serentak di seluruh negara bermula minggu lepas melibatkan 1,800 pegawai penguat kuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga bagi membendung masalah kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna kebelakangan ini.

Mereka yang didapati bersalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun manakala bagi kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 atau penjara tiga tahun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan