Tujuh Anggota Geng Pejai Terbabit Kes Ragut, Samun Diberkas

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak pada Sabtu lepas memberkas tujuh suspek dipercayai anggota Geng Pejai yang disyaki terlibat dalam 21 kes ragut dan samun.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua suspek yang berusia antara 23 dan 31 tahun terbabit ditahan di beberapa lokasi di sini berserta pelbagai jenis barangan termasuk senjata tajam.

"Geng berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas. Mereka disyaki menggunakan motosikal jenis Yahama LC bagi kegiatan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sasaran mereka adalah kediaman yang penghuninya tiada di rumah atau mangsa dari golongan wanita yang tinggal bersendirian atau ketiadaan suami kerana bekerja, katanya.

Beliau berkata ketujuh-tujuh suspek diberkas di Taman Meru, Taman Meru Jaya dan Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan di Manjoi.

Sum berkata suspek pertama berusia 23 tahun yang dipercayai bertindak sebagai perancang utama geng itu ditahan di rumahnya di Taman Meru pada pukul 3.30 petang.

Beliau berkata penahanan itu kemudiannya membawa kepada penahanan tiga lagi suspek yang diberkas di Taman Meru Jaya.

"Siasatan terhadap penahanan kali kedua itu membawa pula kepada tiga lagi penahanan suspek lain di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan," katanya.

Operasi penangkapan di kampung itu menyaksikan berlaku pergelutan dengan pihak polis kerana terdapat suspek yang mahu melarikan diri, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut turut mendapati enam daripada mereka pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah serta kes dadah di samping suspek yang disyaki perancang utama turut pernah disabitkan kesalahan rogol.

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan