Suspek Samun Lori Peralatan Komputer bernilai RM4 Juta Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis telah menahan suspek yang dipercayai menyamun sebuah lori membawa muatan pemacu cakera keras bernilai RM4 juta.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suspek dan hanya memberitahu dia merupakan seorang pemandu lori berusia 44 tahun.

"Kami masih menjalankan siasatan dan ia dijangka selesai dalam minggu ini," kata Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini Isnin.

Dalam kejadian pada 20 Januari lalu, sebuah lori membawa muatan 20 tan metrik peralatan komputer yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disamun di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Empat lelaki bersenjatakan parang telah menetak cermin lori tersebut dan menarik pemandunya keluar untuk melarikan kenderaan berat berkenaan.

Empat jam kemudian, mayat seorang lelaki yang didakwa suspek kes itu ditemui di perkarangan Hospital Sungai Buloh dipercayai dibuang oleh kumpulannya.

Lori yang dilarikan pula ditemui semula selepas dua hari, berhampiran Kolej Segi, Kota Damansara dalam keadaan tanpa barangan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan