Polis Gagalkan Cubaan Rompak Bank

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis menggagalkan cubaan merompak sebuah bank di Kubang Kerian di sini pada Isnin selepas alat penggera keselamatan bank berkenaan berbunyi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata insiden pada 3.40 pagi itu disedari anggota polis bertugas dan sebaik tiba di lokasi kejadian suspek mengacukan senjata api, menyebabkan polis melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai suspek dan suspek berjaya melarikan diri.

"Siasatan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis itu disembur dengan cat merah selain enam CCTV di dalam bank turut disembur dengan cat merah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan polis kepada Jabatan Pelajaran Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Hussain Awang.

Jalaluddin berkata siasatan di tempat kejadian menemui satu kepala Oxyacetelyne (OXY) yang digunakan untuk memotong pintu cermin di bank berkenaan.

"Kita turut menemui dua tong gas OXY yang dibalut dengan beg plastik besar dan setakat ini suspek belum dikenal pasti dan tiada kerugian dilaporkan. Pemeriksaan di pintu bilik kebal dan beberapa bilik lain mendapati tiada kesan pecah masuk," katanya.

Beliau berkata berdasarkan semakan dan siasatan yang dijalankan dalam dua kejadian berlainan di daerah itu, membabitkan kes pecah sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Nilam Puri dan kes pada Isnin, polis mengenal pasti ia dilakukan orang yang sama.

Sementara itu, Hussain berkata Jabatan Pelajaran Kelantan dan polis akan bekerjasama membanteras masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri itu termasuk menangani kes-kes ponteng sekolah dan salah laku.

Papan kenyataan polis itu akan dipasang di semua sekolah di negeri ini antaranya bagi mempamerkan maklumat mengenai polis dan langkah mencegah jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan