Penyeludup Miliki Jaringan Sindiket Kompleks Merentas Sempadan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Para penyeludup dan penjenayah kini mempunyai jaringan sindiket yang kompleks bersifat rentas sempadan walaupun pihak berkuasa meraih banyak kejayaan membanggakan dalam membanteras kegiatan mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Justeru pertukaran maklumat rentas agensi, risikan dan kesediaan anggota perlulah sentiasa dalam kesiapsiagaan," katanya dalam Amanat Tahun Baharu 2014 peringkat Kementerian Dalam Negeri di sini Isnin.

Ahmad Zahid berkata Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) juga perlu mengadakan program mesra rakyat, taklimat penerangan dan turun padang bagi menarik lebih ramai anggota masyarakat membantu unit itu.

Unit itu meraih banyak kejayaan membanggakan dalam membanteras kegiatan penyeludupan terutama di sempadan Malaysia-Thailand dan tahun lepas sahaja mereka merampas barangan bernilai RM17 juta.

Mengenai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), beliau berkata sepanjang tahun lepas, unit beruniform itu mendaftarkan lebih 100,000 anggota baharu dengan jumlah terkini ialah 728,635 orang.

Daripada jumlah itu, 4,678 anggota adalah Kor Siswa-siswi Pertahanan Awam dari 37 buah institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Ahmad Zahid berkata JPAM dapat menguruskan pusat pemindahan semasa insiden Lahad Datu dan pengurusan bencana banjir besar yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Katanya tahun ini juga, Jabatan Imigresen akan memperkenalkan beberapa inovasi baharu antaranya penggunaan Sistem Pengurusan Pekerja Asing di mana ia akan memberikan data lengkap seseorang pekerja asing, ketulenan data dan kekerapan mobiliti ke luar negara.

"Inovasi kedua ialah aplikasi Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) yang membolehkan Imigresen membuat saringan awal warga asing yang ingin masuk ke negara ini," katanya.

Sementara itu dalam sidang media yang diadakan selepas majlis itu, beliau menyambut baik tawaran kesepakatan nasional oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak kerajaan yang dibuat semalam berhubung isu pembanterasan jenayah.

"Saya mengalu-alukan kerana antara aspek yang akan diberikan kerjasama adalah membanteras jenayah, tidak ada perbezaan warna dalam soal jenayah," katanya sambil menambah namun dari segi antara parti dengan parti ia diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan