Curi Kenderaan: Tiga Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes mencuri dan meleraikan komponen kenderaan di sekitar Kuala Langat dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam dua kes pada Selasa dan Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abdul Razak berkata pada Selasa lepas polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun di sebuah rumah di Jalan Bukit Cheeding, Kampung Seri Cheeding dekat sini dan merampas pelbagai barangan komponen kenderaan yang dipercayai dicuri.

"Kami merampas antara lain komponen seperti 29 biji tayar kenderaan, satu guni mengandungi komponen kenderaan dileraikan, enam kotak gear box, tiga dashboard, dua unit sistem absorber, dua bumper serta satu tangki minyak dari rumah tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini Isnin.

Beliau berkata dalam serbuan hari Rabu pula polis memberkas dua pekerja kedai besi buruk berusia 30 dan 35 tahun di Jalan Banting Klang, Batu 17, Sungai Sedu, Banting 22 Jan lepas setelah dipercayai terlibat dalam kegiatan meleraikan komponen kereta yang dicuri.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis merampas dua rangka kereta Nissan Sunny dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam kes berasingan, Azman berkata polis berjaya menahan 10 lelaki, 12 perempuan dan lima kanak-kanak warga Indonesia yang cuba keluar secara haram ke negara asal mereka berdekatan kawasan kelapa sawit, berhampiran Pantai Tanjung Layang kira-kira pukul 9 malam semalam.

Katanya dua buah motosikal yang digunakan untuk mengangkat sebahagian daripada tahanan untuk berulang-alik ke persisiran pantai turut dirampas dan polis masih menjejaki seorang lelaki yang menguruskan perjalanan warga asing itu yang berjaya melarikan diri.

Katanya polis mendapati sebahagian besar daripada tahanan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan