20 Termasuk 18 Pelajar Kuin Sesat Di Gunung Jerai Ditemui Selamat

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Sebanyak 20 orang termasuk 18 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang tersesat di Gunung Jerai dekat sini selepas mendaki gunung itu sejak pagi Sabtu, berjaya ditemui anggota penyelamat, malam Ahad.

Kumpulan pelajar tersebut melibatkan 18 pelajar wanita dan dua lelaki yang bertindak sebagai jurupandu kumpulan pelajar itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nazri Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa 18 pelajar wanita dan dua pelajar lelaki dipercayai hilang, pada pukul 6.24 petang.

Katanya 19 anggotanya dikerahkan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat dan tiba di Gunung Jerai pada pukul 7 malam.

"Operasi bermula kira-kira 9 malam. Maklumat awal yang kita terima daripada pihak polis kesemua mangsa mendaki Gunung Jerai pada pukul 10 pagi Sabtu," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Nazri berkata pasukan penyelamat menemui mangsa kira-kira 10 malam dalam keadaan selamat dan kemudian usaha dijalankan untuk membawa mangsa turun dari gunung tersebut. Selain Bomba, pasukan penyelamat turut melibatkan polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan renjer hutan.

Kesemua mangsa berjaya dibawa turun dari puncak Gunung Jerai ke pusat operasi di kaki gunung itu berdekatan Air Terjun Seri Perigi, Yan kira-kira 3 pagi.

Sementara itu, Rektor Kuin Datuk Mohd Yusof Kasim mengesahkan 18 pelajar perempuan adalah pelajar kolej tersebut dan dua lelaki lagi adalah jurupandu, bukan pelajar kolej itu.

Katanya pihaknya memandang serius berhubung kejadian itu dan bercadang mewujudkan peraturan baharu kepada setiap pelajar yang ingin mengadakan aktiviti luar.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, pendakian yang dilakukan kumpulan pelajar itu adalah di luar pengetahuan pihak kolej universiti berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan