20 Pelajar Kuin Sesat di Gunung Jerai Ditemui Selamat

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Sebanyak 20 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tersesat di Gunung Jerai dekat sini selepas menaiki gunung tersebut sejak pagi semalam, berjaya ditemui anggota penyelamat, malam Ahad.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa 18 pelajar wanita dan dua pelajar lelaki dipercayai hilang, pada pukul 6.24 petang hari sama.

Katanya seramai 19 anggotanya dikerahkan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat dan tiba di Gunung Jerai pada pukul 7 malam.

"Operasi bermula kira-kira 9 malam. Maklumat awal yang kita terima daripada pihak polis kesemua mangsa menaiki Gunung Jerai pada pukul 10 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya pasukan penyelamat menemui mangsa kira-kira 10 malam dalam keadaan selamat dan usaha sedang dijalankan untuk membawa mangsa turun dari gunung tersebut.

Selain Bomba, pasukan penyelamat turut melibatkan polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan renjer hutan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan