Pasukan Marin Patah Cubaan Seludup Minyak, Tong Gas Di Perairan Semporna

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup keluar 21,450 liter minyak bersubsidi dan 13 tong gas dalam operasi di perairan Semporna pada Jumaat.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, sejumlah 20,450 liter daripada minyak berkenaan adalah petrol dan dirampas di perairan Labuan Haji dan Sibangkat.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun serta lapan lelaki warga asing tanpa sebarang dokumen sah berumur antara 20 dan 40 tahun.

"Dalam operasi pertama pada kira-kira 9 malam di perairan Labuan Haji, kami merampas 13,650 liter petrol dan 11 unit tong gas bersama enam lelaki termasuk seorang lelaki tempatan serta sebuah bot, manakala dalam operasi kedua pada kira-kira 9.40 malam di perairan Sibangkat, kami merampas 6,800 liter petrol, 1,000 liter diesel, dua unit tong gas dan sebuah bot serta menahan tiga lelaki warga asing," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohamad berkata, kedua-dua bot cuba melarikan diri namun berjaya dipintas pasukan peronda polis marin dan jumlah keseluruhan rampasan, termasuk bot, dianggar bernilai RM122,985.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan