Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Lahad Datu

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Seorang wanita warga emas mati rentung dalam kebakaran rumah anaknya di Taman Pertama dekat sini, Jumaat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmud berkata Ressurecion Partigo, 89, warga Filipina, terperangkap di tingkat atas rumah dua tingkat itu ketika kebakaran itu.

Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.56 pagi lalu menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kebakaran.

Ketika tiba di lokasi sembilan minit kemudian, api sudah merebak di tingkat bawah rumah itu dan dikawal pada 12.30 tengah hari, katanya.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung selepas api dapat dipadam sepenuhnya pada 1.55 petang," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat.

Mohd Apandi berkata anak, menantu dan tiga cucu mangsa dapat menyelamatkan diri daripada kebakaran itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan