Polis Selangor Pantau 39 Lokasi Kemalangan Sempena Tahun Baru Cina - Berita Jenayah | mStar

Polis Selangor Pantau 39 Lokasi Kemalangan Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor mempertingkatkan kawalan di 39 kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi yang sering berlaku nahas jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata antara jalan berkenaan ialah di Km 64 Sabak Bernam (Sungai Nibong) menghala ke Teluk Intan, Km 1 hingga Km 11 Persiaran Jubli Perak (Shah Alam) dan Lebuhraya Selat Klang Utara (Klang).

"Jalan-jalan itu adalah antara jalan raya yang sering mempunyai kes kemalangan", katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, Jumaat.

Ops Selamat itu bermula semalam sehingga 7 Feb depan.

"Dalam Ops Selamat terdahulu kita lebih mengambil sikap memantau, tetapi untuk tahun ini kita akan perketatkan kawalan, oleh itu sekiranya pengguna jalan raya melakukan kesalahan tindakan saman akan dikenakan," katanya.

Katanya, antara kesalahan yang sering dilakukan pengguna jalan raya ialah melanggar isyarat lampu, salah guna lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar serta memandu melebihi had laju. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan