Dua Warga Emas Terselamat Setelah Rumah Terbakar

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua warga emas terselamat apabila rumah mereka di Kampung Ladang, di sini hangus dalam kebakaran ketika mereka sedang nyenyak tidur malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam,Alang Jaleha Zakaria, 67, dan kakak iparnyaHasnah Ismail, 77, dikejutkan oleh jeritan yang memberitahu rumah terbakar.

Anak seorang daripada mereka, Normaliza Mohamad, 45, berkata ketika kejadian dia bersama enam lagi anggota keluarga termasuk ibu dan ibu saudaranya sedang tidur.

Katanya dia tiba-tiba terhidu bau asap dan bergegas ke bahagian dapur sebelum melihat api di ruang berkenaan.

"Saya menjerit meminta tolong dan mengarahkan adik serta tiga anak saya menyelamat diri manakala jiran-jiran meluru masuk ke rumah saya untuk menyelamatkan emak saudara yang terlantar sakit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Normaliza berkata ibu dan ibu saudaranya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah disebabkan sesak nafas.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Khairul Ariffin Che Ramli berkata sebaik menerima laporan, 56 anggota dan enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran dan kebakaran itu memusnahkan dua buah rumah separuh kekal yang didiami dua buah keluarga," katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan