Polis Tahan Empat Pengedar Dadah, rampas 386.13 Gram Heroin

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan (kanan) menunjukkan dadah jenis heroin yang dibungkus dalam plastik lutsinar dan straw yang dirampas dalam serbuan di pelantar nelayan Kampung Sebatang Pinang, Kuala Kedah pada sidang media di Alor Setar, Khamis. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai pengedar dadah ditahan. - fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan (kanan) menunjukkan dadah jenis heroin yang dibungkus dalam plastik lutsinar dan straw yang dirampas dalam serbuan di pelantar nelayan Kampung Sebatang Pinang, Kuala Kedah pada sidang media di Alor Setar, Khamis. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai pengedar dadah ditahan. - fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Polis menahan empat pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 386.13 gram bernilai RM12,000 dalam tiga serbuan di sekitar daerah Kota Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata empat lelaki tempatan berumur antara 28 hingga 56 tahun itu dipercayai pengedar dadah yang aktif mengedar bahan terlarang itu di daerah berkenaan.

Beliau berkata dalam tangkapan 5 petang semalam, polis menahan seorang lelaki 41 tahun dipercayai pengedar dadah di pelantar nelayan Kampung Sebatang Pinang, Kuala Kedah.

Katanya hasil pemeriksaan dalam beg suspek, polis menjumpai 13 paket lutsinar dan enam batang straw minuman berisi dadah jenis heroin seberat 126.13 gram bernilai RM4,500.

"Ketika serbuan dilakukan suspek dikatakan sedang menjual dadah terbabit kepada pelanggannya dan bertempiaran lari apabila polis menyerbu kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Polis terpaksa bergelut dengan suspek terbabit yang cuba melarikan diri bersama pelanggan lain yang terjun ke laut, katanya. Adzaman berkata suspek yang positif dadah jenis morfin ditahan reman enam hari bermula hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan 2 Jan lepas di sebuah rumah di Titi Gajah dekat sini selepas melakukan intipan selama dua minggu, polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah berumur 28 dan 33 tahun kira-kira pukul 1.45 pagi.

Hasil pemeriksaan dalam rumah terbabit, polis menjumpai 11 paket dadah dipercayai heroin seberat 75 gram bernilai RM2,500 di atas meja dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan.

"Kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin," katanya.

Adzaman berkata dalam satu lagi serbuan pada 15 Jan lepas, polis merampas dadah jenis heroin seberat 185 dan menahan seorang lelaki berumur 56 tahun di Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 9.15 malam.

Heroin itu dibungkus dengan surat khabar dan diletakkan dalam beg bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, kata Adzaman sambil menambah suspek tidak memiliki rekod jenayah sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan