Polis Rampas 222 Kotak Mercun Bernilai RM300,000

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis merampas 222 kotak mercun dan bunga api bernilai RM300,000 dalam sekatan jalan raya sempena Op Cantas Khas di Jalan Padang Siam di sini, malam Rabu. Pegawai penyiasat Insp Ahmad Sauffy Abu Naim (kanan) menunjukkan kota mercun dan bunga api tersebut pada sidang media, Khamis. - fotoBERNAMA
Polis merampas 222 kotak mercun dan bunga api bernilai RM300,000 dalam sekatan jalan raya sempena Op Cantas Khas di Jalan Padang Siam di sini, malam Rabu. Pegawai penyiasat Insp Ahmad Sauffy Abu Naim (kanan) menunjukkan kota mercun dan bunga api tersebut pada sidang media, Khamis. - fotoBERNAMA

TANAH MERAH: Polis merampas 222 kotak mercun dan bunga api bernilai RM300,000 dalam sekatan jalan raya sempena Op Cantas Khas di Jalan Padang Siam di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmud berkata dalam kejadian pukul 9 malam itu, sepasukan anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya menahan sebuah lori kontena dan pemandunya memberi pelbagai alasan yang meragukan apabila ditanya tentang muatan.

"Pemandu dan kenderaan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan kita menemui 11 jenis mercun dan bunga api yang disimpan di dalam kotak di dalam lori itu," katanya pada sidang akhbar di IPD Tanah Merah di sini Khamis.

Siasatan awal mendapati mercun berkenaan dibawa masuk melalui pangkalan haram di kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas menggunakan dua lori yang dipandu ke Tanah Merah sebelum dimuatkan semula ke dalam lori kontena yang digunakan suspek.

Abdul Aziz berkata suspek yang memandu lori kontena itu dari Kuala Lumpur untuk menghantar barangan ke Kelantan, dipercayai melakukan 'kerja sambilan' sebagai penghantar barangan seludup dari negara jiran ke beberapa negeri lain.

"Kesemua mercun serta bunga api itu dipercayai untuk pasaran di Ipoh, Perak sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada hujung bulan ini," katanya.

Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Dalam kes berasingan, Abdul Aziz berkata seorang penoreh getah berumur 21 tahun ditahan setelah cuba menyogok RM50 kepada anggota polis yang menahannya selepas tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal bersama rakannya di Jalan Tasek di sini pukul 2.30 petang, Selasa lepas.

"Kes berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kota Baharu untuk tindakan lanjut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan