Polis Kesan Individu Sebar Gambar Kematian Kanak-Kanak Di Laman Sosial

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan di laman sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan separuh bogel berusia dua tahun yang mati dibunuh.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun pada petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana pihak terbabit sewenang-wenangnya menyebarkan gambar tersebut tanpa memikirkan sensitiviti keluarga mangsa.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan di bawah Akta Kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baru itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu, pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air.

Dalam pada itu, Manoharan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian kanak-kanak terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan