Polis Kedah Rampas Hampir 9 Kg Ganja Bernilai RM17,000

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah merampas 8.9 kilogram ganja bernilai RM17,000 berikutan menahan seorang lelaki di Jalan Batu Lintang, Sungai Pasir, Sungai Petani dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Supt Abdul Razak Md Zain berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai dalam perjalanan menghantar dadah dengan menggunakan motosikal.

Katanya hasil pemeriksaan terhadap motosikal berkenaan, polis menemui sembilan ketulan mampat ganja yang diletakkan dalam kotak bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Suspek bekerja sebagai pekerja am di sebuah klinik di Sungai Petani dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah dan modus operandi suspek ialah meletakkan dadah di dalam kotak seperti membawa barangan lain.

"Suspek sebelum ini tidak mempunyai rekod jenayah dan ditahan reman sehingga 27 Jan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini Rabu.

Abdul Razak berkata kes tersebut disiasat megikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, JSJN Kedah turut menahan 13,889 orang yang terlibat dalam pengedaran pelbagai jenis dadah sepanjang tahun lepas dan jumlah itu meningkat sebanyak 5.45 pertaus berbanding 13,205 orang pada 2012.

Katanya seramai 560 orang telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tahun lepas berbanding 430 orang pada 2012 iaitu meningkat sebanyak 30.2 peratus.

"Tahun lepas kita tahan 61 orang dibawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah," katanya.

Abdul Razak berkata nilai dadah yang dirampas tahun lepas ialah RM7.4juta selain turut merampas harta pengedar dadah berjumlah RM1.8 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan