Nelayan Hilang Selepas Tercampak Dari Bot

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, Muhammad Ariffin, 40, tercampak daripada bot selepas bot nelayan yang dinaikinya dipukul ombak besar.

Ketika kejadian mangsa bersama tiga lagi rakannya berada di belakang bot manakala juragan bot Bahyuddin Awang, 28, sedang mengendali bot.

Bahyuddin berkata dia bersama empat awak-awaknya itu keluar jam 5.30 pagi untuk menahan bubu kira-kira 15 batu nautika dari Kuala Dungun dan pulang kira-kira jam 6.40 petang.

"Sebaik berjaya melepasi muara sungai (Dungun) saya dimaklumkan mangsa tercampak ke dalam laut sebelum berpatah balik dan menghubungi rakan lain untuk mencari mangsa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Bahyuddin berkata mereka membuat laporan polis setelah usaha mencari mangsa hampir setengah jam menemui jalan buntu.

Ibu mangsa Fatimah Sulong, 57, berkata sebelum ke laut, anaknya itu meminta dia berdoa berdoa agar memperoleh banyak hasil tangkapan dan dimurahkan rezeki.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Norazizi Che Noh berkata bomba yang menerima laporan daripada polis bergegas ke tempat kejadian dan melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Katanya setakat ini mangsa masih belum ditemui manakala usaha mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran berikutan ombak besar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan