Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Masjid Di Kangar

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan ditemui di dalam tandas lelaki di Masjid Alwi di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata mayat dijumpai seorang jemaah masjid kira-kira pukul 7 pagi.

Beliau berkata tiada kesan darah pada mayat yang menunjukkan bayi itu dilahirkan di tempat lain tetapi diletakkan di situ.

Mayat yang juga tidak dibaluti sebarang kain telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Mohd Sokri Hussin yang turut berada di tempat kejadian melahirkan rasa sedih dengan perkara tersebut dan meminta pihak yang terbabit agar tampil untuk bertanggungjawab. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan