Lebih 150 Ubat Bernilai RM2.1 Juta Dirampas Dalam Ops Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 150 pelbagai jenis produk kesihatan tidak berdaftar dipercayai mengandungi racun dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas dalam tiga serbuan di sekitar ibu kota, Khamis.

Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Kuala Lumpur, Syed Fadzli Sy Sailuddin berkata produk itu dirampas ketika serbuan 'Ops Myanmar' di sebuah premis di Jalan Tun Tan Siew Sin dan dua banglo di Jalan Limau Kasturi dan Jalan Persiaran Syed Putra 4, yang dijadikan stor menyimpan produk itu.

Katanya kebanyakan ubat diseludup dari Myanmar dan dijual oleh warga Myanmar di sini yang dibeli rakyat mereka sendiri.

"Produk yang dirampas kebanyakannya ialah produk rangsangan seks, pemutih kulit, ubat sakit-sakit badan dan sebagainya.

"Antara jenis racun yang terkandung dalam produk itu ialah hydroquinone, sildefanil, steroid, antihistamin dan psikotropik," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Syed Fadzli berkata ia memberi implikasi tidak baik kepada ekonomi negara dan tidak membantu industri farmaseutikal dan kesihatan tempatan.

Menurut beliau risikan selama sebulan dilakukan sebelum serbuan itu dijalankan yang menunjukkan modus operandi mereka untuk menyeludup adalah melalui jalan udara dan laut.

"Mereka menggunakan kotak makanan berlabelkan barangan makanan untuk mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

Operasi bermula 10 pagi hingga 3.30 petang itu disertai 50 anggota penguat kuasa farmasi dan 10 pegawai Imigresen. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan