Kilang Perabot Terbakar, Pemilik Rugi RM150,000

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang pemilik kilang perabot dilapor mengalami kerugian kira-kira RM150,000 akibat kilangnya di Jalan Pintu Geng di sini terbakar pada Rabu.

Ku Ah Hee, 52, yang mengusahakan perniagaan perabot sejak 35 tahun lepas berkata akibat kebakaran itu, banyak tempahan perabot untuk sambutan Tahun Baru Cina ini tidak dapat disiapkannya.

Beliau berkata, beliau mengetahui tentang kejadian itu selepas dihubungi rakannya pada pukul 6 petang.

"Saya bergegas ke kilang selepas mendapat panggilan telefon oleh seorang rakan yang memberitahu premis itu terbakar selepas ia ditutup pada pukul 5.30 petang oleh anak bongsu saya, Ku Chee Liang, 23.

"Ketika tiba di kilang, saya dapati ia hampir musnah terbakar. Banyak tempahan perabot sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang belum disiapkan oleh pekerja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian Rabu malam.

"Semua 20 pekerja yang bekerja membuat perabot terselamat apabila masing-masing telah pulang ke rumah setelah kilang ditutup pada 5.30 petang," tambahnya.

Ketua Zon Kota Bharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba II Jamil Abdullah berkata, seramai 40 pegawai dan anggota dari balai Darul Naim, Tunjung dan Kota Baharu digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6 petang.

"Kita tiba di tempat kejadian lima minit selepas mendapat panggilan dan menggunakan empat jentera dengan kebakaran dapat dipadam dalam masa kira-kira 30 minit," katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan