Kertas Siasatan Kes Tahanan Didera Polis Dihantar Ke Bukit Aman

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Tuduhan seorang lelaki bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap dakwaan dia mengalami kecederaan teruk di kemaluan akibat didera semasa dalam tahanan polis Kubang Pasu pada Disember lepas adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamed Yusoff berkata kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Siasatan dan Perundangan Polis Bukit Aman, Sabtu lepas.

Lelaki berumur 33 tahun itu ditahan reman dalam lokap Polis Daerah Kubang Pasu (IPD) pada 9 Dis lepas bagi membantu siasatan satu kes rogol seorang gadis 16 tahun yang mendakwa dibelasah dan kemaluannya didera.

"Saya ingin menegaskan polis mengambil tindakan mengikut prosedur. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, " kata Ibrahim kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya Bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman akan mengemukakan kes itu kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurut Ibrahim, isteri lelaki itu membuat laporan di IPD Kubang Pasu pada 12 Dis lepas selepas melawat suaminya di lokap dengan mendakwa suaminya dipukul di bahagian perut, bahu serta ditampar anggota polis yang membuat siasatan.

Pegawai penyiasat polis yang memeriksa lelaki itu mendapati tiada kesan dipukul pada badannya namun polis membawanya ke hospital untuk diperiksa dan disahkan tiada kesan pukul pada badan lelaki itu, kata Ibrahim.

Pada 31 Disember tahun lepas, akhbar melaporkan seorang lelaki mendakwa cedera di bahagian kemaluan dan dijangkiti kuman akibat dibelasah semasa dalam tahanan.

Suspek yang tinggal di Sungai Korok, Jitra bersama dua rakannya dikatakan melarikan seorang gadis yang berjalan ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Tunku Maheran di sini pada 7.50 pagi 9 Disember lepas.

Mangsa dibawa menaiki sebuah kenderaan jenis Suzuki ke satu tempat di Jitra sebelum dirogol bergilir-gilir manakala keluarganya diugut membayar RM50,000 supaya gambar gadis itu dirogol tidak diedarkan.

Bagaimanapun, dua lagi suspek masih bebas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan