Imigresen Johor Siasat Dakwaan Wanita Lolos Pemeriksaan CIQ

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen Johor akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian seorang wanita Malaysia yang didakwa berjaya meloloskan diri dari pusat pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini.

Pengarahnya, Rohaizi Bahari yang enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan berkata, pihaknya akan turut mengikuti perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa Singapura.

Difahamkan, berikutan kejadian itu kawalan ketat dilakukan di kedua-dua pintu masuk Malaysia-Singapura sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Janda berusia 28 tahun itu yang berkahwin pada 2011 dan kemudiannya bercerai, berasal dari Kampung Baharu, Bukit Jenun di Pendang, Kedah ditahan kerana didakwa merempuh palang keselamatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura pada Isnin.

Sebelum itu, dia yang memandu keretanya yang didaftarkan di Malaysia melepasi pusat pemeriksaan di Malaysia dan di Woodlands, Singapura pada 17 Jan lalu, dipercayai tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

Selepas berjaya memasuki negara itu, wanita tersebut menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama tiga hari, sungguhpun polis melancarkan operasi untuk menjejakinya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan