Polis Narkotik Tubuh Pasukan Khas Dinamakan Ops Sting

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan pasukan polis khas dikenali sebagai Ops Sting dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu berikutan kejayaan polis menahan 33 ketua sindiket dadah antarabangsa dan tempatan serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM411 juta tahun lepas.

Jumlah rampasan dadah itu mencatat sejarah sebagai yang tertinggi membabitkan nilai bahan larangan itu dan pasukan berkenaan ditubuhkan sebagai menghargai komitmen polis.

Beliau berkata pasukan itu akan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim.

"Saya akan umumkan maklumat terperinci mengenai pasukan itu pada 31 Jan ini, iaitu pada hari pelancaran pasukan itu," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini Selasa yang turut dihadiri Noor Rashid.

Mengulas kejayaan polis menumpaskan sindiket dadah itu, Noor Rashid berkata 33 ketua sindiket pengedaran dadah atau 'kingpin' yang ditahan itu adalah warga negara Nigeria, Hong Kong, Taiwan dan tempatan.

Mereka adalah antara 175,198 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan narkotik pada tahun lepas, katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa polis juga telah menyita aset seperti tanah, rumah, wang tunai dalam akaun bank dan kereta daripada sindiket dadah berkenaan yang dianggar bernilai RM94.96 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan