Nenek Hilang Wang Simpanan RM70,000 Dan Barang Kemas RM15,000 Ditipu Dua Wanita

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Din menunjukkan lakaran wajah dua wanita yang menipu seorang nenek sebanyak RM85,000 di Batu Pahat
Din menunjukkan lakaran wajah dua wanita yang menipu seorang nenek sebanyak RM85,000 di Batu Pahat

BATU PAHAT: Seorang nenek kehilangan keseluruhan wang simpanan berjumlah RM70,000 dan barang kemas yang disimpan sejak 50 tahun lalu selepas ditipu dua wanita yang menyamar sebagai pengamal perubatan tradisional.

Dalam kejadian pada 3 Januari lalu itu, nenek berusia 70 tahun itu menyerahkan wang tersebut bersama barang kemas bernilai RM15,000 kerana ingin mengubati abangnya yang terlantar akibat sakit misteri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pertemuan antara mangsa dengan suspek dibuat disebuah gerai makan di Jalan Rahmat di sini sebelum warga emas itu diyakinkan dengan pelbagai penipuan.

Menurutnya, akibat terlalu yakin dan teruja untuk mengubati penyakit abangnya, mangsa bertindak menyerahkan wang simpanan RM70,000 yang dibawa dan barangan kemas dengan serta-merta kepada suspek tanpa membuat rujukan.

“Selepas menerima wang tersebut, suspek meminta mangsa berjalan di hadapan mereka untuk ke tempat lain, tetapi apabila warga emas terbabit menoleh ke belakang kedua-dua wanita berkenaan telah menghilangkan diri.

“Akibat tidak dapat mengesan suspek dan menyedari dirinya telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis," katanya.

Din memberitahu, polis kini sedang giat mengesan suspek menerusi lakaran wajah yang turut diedarkan kepada orang ramai di sekitar bandar dan kampung.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana menipu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan