Lelaki Cuba Bakar Bekas Teman Wanita Berjaya Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lelaki yang didakwa mengurung bekas teman wanitanya di dalam sebuah bilik yang dipercayai dibakar olehnya berjaya ditahan di sebuah taman perumahan di Hutan Melintang, Perak awal pagi Rabu.

Saliza Saidin dan anak perempuannya yang berusia 16 bulan itu masih berada dalam keadaan kritikal selepas bekas teman lelakinya didakwa mengurung mereka di dalam bilik di flat wanita berkenaan tinggal pada Selasa dan kemudian membakar bilik berkenaan.

"Kami menahan suspek pada pukul 3 pagi di Taman Desa Bernam Indah di Hutan Melintang," kata pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa pada sidang media, Rabu.

Beliau menambah lelaki yang merupakan penganggur itu, berusia 27 tahun, ditemui bersama beg yang mengandungi 2.15 gram ganja ketika ditangkap.

"Suspek mempunyai rekod memiliki dadah sebelum ini.

"Dia akan menjalani ujian dadah untuk memastikan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah," katanya lagi.

Beliau menambah, suspek akan direman sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati mangsa, seorang ibu tunggal berkenalan dengan suspek sejak enam bulan lalu.

"Kenyataan saksi menunjukkan bahawa kedua-dua pasangan itu sering kali bergaduh. Suspek juga sering meminjam wang daripada Saliza," katanya.

Khairi berkata, suspek mungkin marah pada malam kejadian apabila Saliza enggan memberi pinjaman wang kepadanya lagi.

"Ia mungkin menjadi motif di sebalik perbuatan membakar unit flat berkenaan.

"Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya sambil menambah, ketiga-tiga ahli keluarga itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Khairi menjelaskan bahawa ibu Saliza yang berusia 62 tahun, Som Dollah, telah pulih dan dirawat sebagai pesakit luar manakala lengan bayi anak perempuan Saliza melecur teruk tetapi kesemua mereka terselamat dalam kejadian itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan