Kejadian Tembak Di Sabah Mungkin Ada Kaitan Kumpulan Kongsi Gelap - Hamza

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang mengkaji kemungkinan kumpulan kongsi gelap terlibat dalam tembakan pada 10 Januari di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka tidak menolak kemungkinan tindakan individu-individu yang terlibat dalam tembakan terbabit telah dirancang oleh kumpulan penjenayah.

Beliau berkata tiga warga asing dalam lingkungan usia 30-an masih ditahan dalam siasatan dan siasatan sedang dijalankan terhadap kejadian yang mengejutkan rakyat Sabah itu.

"Kita tidak boleh mendedahkan terlalu banyak mengenai soal siasat kerana ia mungkin menjejaskan siasatan kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku mengenai amalan agama tentang persediaan selepas bersalin yang diterbitkan oleh Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah.

Beliau juga berkata, mereka akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mencari dalang yang mula-mula memuat naik imej CCTV mendakwa ia merupakan rakaman yang direkodkan daripada salah satu premis yang rosak di bandar itu.

Beliau berkata, kertas siasatan baru itu akan dibuka sebaik sahaja Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun membuat laporan polis berhubung rakaman CCTV palsu berikutan kejadian tembakan yang telah diedarkan melalui rangkaian sosial.

"Kami mahu mencari siapa yang memuat naik gambar dan jika kedua-dua lelaki yang di dalamnya adalah antara suspek dalam kes ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan