Kecurian Cincin Berlian RM5.2 Juta Dilakukan Sindiket Terancang - Polis - Berita Jenayah | mStar

Kecurian Cincin Berlian RM5.2 Juta Dilakukan Sindiket Terancang - Polis

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis percaya kes kecurian sebentuk cincin berlian bernilai RM5.2 juta di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara Khamis lepas, dilakukan sindiket terancang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pihaknya yakin jenayah terancang itu melibatkan warganegara asing berasaskan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan pada hari tersebut.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak Interpol (Polis Antarabangsa) menyiasat sama ada kes terbabit merupakan sindiket jenayah terancang antarabangsa.

"Selain itu, kita juga meminta bantuan pihak Imigresen untuk mengesan suspek di semua pintu keluar masuk negara terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga mana-mana lapangan terbang di negara ini," katanya dalam sidang media selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini.

Mengenai status warganegara penjenayah itu, Khairi berkata pihaknya belum mengenalpasti status mereka namun dipercayai warga China.

Khairi berkata sejurus kejadian itu berlaku pihaknya telah mengambil langkah mengesan kesemua suspek yang dipercayai masih berada dalam negara.

Antara usaha itu ialah mendapatkan bantuan Persatuan Hotel-hotel Malaysia untuk memeriksa sama ada mereka pernah menginap di hotel, mendapatkan khidmat bantuan polis dari negara jiran khususnya Singapura untuk menjejaki mereka serta menghubungi syarikat barang kemas, Garrard di United Kingdom bagi memperolehi pengesahan kapasiti berat cincin berlian tersebut.

"Sehingga kini, polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes itu dan kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, dua wanita dan seorang kanak-kanak dilaporkan memasuki kedai barang kemas eksklusif di pusat beli-belah di Bukit Bintang.

Budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun kemudian dipercayai menyelinap untuk mengambil kunci tempat cincin itu dipamerkan sebelum mencuri barang berharga itu dan meletakkan semula kunci berkenaan di tempat asal. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan