Dua Pelajar Maut Motosikal Masing-Masing Berlanggar - Berita Jenayah | mStar

Dua Pelajar Maut Motosikal Masing-Masing Berlanggar

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua pelajar maut apabila motosikal ditunggangi masing-masing berlanggar di simpang tiga di kawasan Felda Bukit Goh, di sini malam Isnin.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dua pelajar itu dikenal pasti Luqman Hakim Mohd Sapari, 15, dari Felda Bukit Sagu dan Faez Ridhuwan Fadzi, 16, dari Taman Bukit Goh.

Katanya Luqman Hakim mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan manakala Faez Ridhuwan meninggal dunia semasa dirawat di hospital yang sama.

"Dua rakan mangsa yang membonceng motosikal terbabit (identiti belum diketahui) hanya cedera ringan. Siasatan awal mendapati semua mangsa tidak memiliki lesen memandu dan tidak memakai topi keledar semasa kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sementara itu, katanya seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terlanggar sebatang pokok di Km167, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh petang Isnin.

Mangsa Syimir Ashraf Abdullah, 18, mati di tempat kejadian, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan