Dua Maut Dalam Kemalangan Dekat Sungkai

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

REMUK... Keadaan kereta jenis Perodua Kelisa yang dinaiki seorang guru dan anak lelakinya yang maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas setelah terlanggar bangkai seekor lembu lalu bertembung dengan sebuah kereta Naza Citra dari arah bertentangan di KM86.4, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Tapah, Insp. Khairul Nizam Ismail (kiri) melihat keadaan kereta kelisa milik Kamaruzzaman Bukhori yang remuk akibat kemalangan itu. Kamaruzzaman Bukhori merupakan seorang guru penolong kanan kokurikulum di SMK Trolak dan anak lelakinya Ariff Zaquan, 15, juga menuntut di sekolah yang sama. - fotoBERNAMA

TAPAH: Dua maut dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan dekat Sungkai di sini pagi Rabu.

Difahamkan kemalangan itu berlaku di Kilometer 86.4 jalan Ipoj-Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 6.30 pagi.

Sebuah kereta dari arah selatan merempuh bangkai lembu di jalan dan terbabas ke laluan bertentangan, lalu melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sementara itu, sebuah lagi kereta dari arah selatan dapat memberhentikan kenderaannya daripada melanggar dua kenderaan itu, tetapi sebuah MPV yang lain melanggarnya dari arah belakang.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan bapa dan anak iaitu Kamaruzzaman Bukhori, 51, dan Ariff Zakuan Kamaruzzaman, di mana kedua-dua mereka menaiki kereta yang pertama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan