44 Kanak-Kanak Antara 1,757 Pendatang Tanpa Izin Yang Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat puluh empat kanak-kanak adalah antara 1,757 pendatang tanpa izin yang ditahan pada hari kedua Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2 yang dijalankan Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Saravana Kumar Marimuthu berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah tiga majikan kerana menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin.

Beliau berkata tangkapan pendatang tanpa izin melibatkan 248 wanita dan 1,465 lelaki itu adalah hasil 122 operasi yang dijalankan sehingga 8 pagi Rabu.

Tangkapan hasil pemeriksaan terhadap 6,866 rakyat asing itu melibatkan 739 rakyat Indonesia, 275 Bangladesh, 206 Myanmar, 135 India dan selebihnya warganegara lain, katanya.

"Pendatang tanpa izin dan majikan yang ditahan melibatkan kesalahan mengikut Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai dokumen, tinggal lebih masa dan memiliki pas atau permit yang disyaki palsu serta melindungi pendatang tanpa izin termasuk Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," katanya.

Operasi 6P bersepadu menyasarkan kawasan ibu negara bagi membersihkan pendatang tanpa izin bermula semalam, selepas tempoh yang diberikan kerajaan kepada pendatang asing dan majikan mereka untuk mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin (PKPP), berakhir.

Tempoh tiga bulan PKPP yang diberikan kerajaan bermula 21 Oktober 2013 dan berakhir Ahad lepas diputuskan melalui Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin Khas (JKKPA-PATI Khas), pada 2 Oktober lepas bertujuan membanteras kebanjiran rakyat asing yang tinggal di Malaysia secara tidak sah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan