Satu Lagi Mangsa Bot Terbalik Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DARO (Sarawak): Pasukan mencari menemui satu lagi mayat mangsa bot panjang terbalik di Batang Lassa di sini Selasa, menjadikan 10 mangsa ditemui lemas dalam tragedi Sabtu lepas.

Mayat wanita yang dikenali sebagai Ibong bt Rais, 60, ditemui di Tanjung Bubus, Seberang Daro di sini pada pukul 9.02 pagi.

Berikutan penemuan itu, operasi mencari yang diketuai Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Wagner Lisa Libut kini memberi tumpuan untuk mencari mangsa terakhir yang dilapor hilang iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun.

Dalam kejadian 1 tengah hari Sabtu lepas, sebuah bot panjang yang membawa 27 penumpang terbalik selepas dipukul ombak besar.

Ketika kejadian bot panjang itu membawa 27 penumpang berusia lingkungan 23 hingga 69 tahun dari Kampung Tekajong dalam perjalanan pulang ke kampung mereka selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Enam belas orang berjaya menyelamatkan diri, tiga ditemui lemas dan lapan lagi hilang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan