Rumah Terbakar, Pemuda Nyaris Maut di Dungun

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang pemuda nyaris maut selepas rumahnya di Kampung Nibong Bawah di sini hangus dijilat api petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Norazizi Che Noh berkata dalam kejadian 2 petang itu, Mohd Zuhaili Mohd Zulkifli, 21, sedang tidur apabila terhidu bau asap tebal dalam rumahnya.

Beliau berkata pemuda itu berusaha menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap rumahnya selepas sebahagian rumah papan itu marak dijilat api.

"Kami menerima panggilan pada 2.06 petang dan bergegas ke tempat kejadian. Kebakaran ini dapat dikawal dalam tempoh 15 minit," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, Isnin.

Menurutnya ketika kejadian, bapa mangsa iaitu Mohd Zulkifli, 51, dan ibunya, Syarifah Salim, 38, bekerja manakala empat lagi adiknya yang berusia 11 hingga 4 tahun berada di sekolah. Sementara itu, Syarifah yang merupakan Pembantu Am Rendah di Sekolah Tabika Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa berkata dia bergegas pulang ke rumah sebaik diberitahu jiran bahawa rumahnya terbakar.

Ketika tiba, beliau melihat api sudah membakar 80 peratus rumahnya dan gagal menyelamatkan sebarang harta benda termasuk duit simpanannya bernilai RM1,000 dan barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM10,000.

"Saya sangat sedih kerana semua harta benda termasuk buku dan pakaian sekolah anak-anak semuanya musnah. Saya buntu memikirkan nasib kami sekeluarga yang hilang tempat tinggal," katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan