Penjaga Kubur Jumpa Mayat Bertatu Labah-Labah

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki bertatu labah-labah dengan kesan kelar di leher ditemui dalam sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Kerayong, Sungai Besi, di sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata mayat lelaki yang berpakaian lengkap dan berumur lingkungan 20-an itu dijumpai seorang penjaga kubur kira-kira pukul 11 pagi. "Mayat ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua tangannya terikat menggunakan pita pelekat.

"Hasil siasatan mendapati ada kesan kelar di leher mangsa selain tatu labah-labah di bahu kirinya. Mangsa dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Muhammad Azlee berkata polis percaya motif pembunuhan kerana dendam atau mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Tiada dokumen pengenalan diri mahupun senjata ditemui di lokasi kejadian.

Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, kata Muhammad Azlee. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan