Mayat Ditemui Dekat Kompleks LKIM Pengkalan Kubor

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Penduduk di sekitar Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengkalan Kubor di sini gempar dengan penemuan mayat lelaki dipercayai warga Thailand dalam keadaan terapung, Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat DSP Sharifuddin Yusof berkata terdapat tatu pada mayat yang ditemui pada 10 pagi itu, selain tiada kesan suntikan BCG.

"Mayat itu dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan hasil pemeriksaan luaran yang dilakukan mendapati tiada sebarang kesan luka.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas," kata Sharifuddin ketika dihubungi.

Seorang pekerja di kompleks itu, Razali Man, 49, berkata beliau pada mulanya memikirkan sebatang kayu hanyut tersangkut berhampiran bot.

"Saya menemui mayat itu kira-kira 10 pagi ketika memeriksa bot yang terletak berhampiran kawasan jeti dan terus memberitahu rakan-rakan sebelum menghubungi pihak polis," katanya kepada pemberita.

Di GUA MUSANG, seorang pesakit mental lelaki berusia 24 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu dari rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, ditemui dalam keadaan selamat di ladang kelapa sawit 600 meter dari rumahnya pada 8.30 pagi Isnin.

Muhamad Khairul Anam Mat Daud ditemui pasukan penyelamat yang disertai anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencarinya sejak petang Sabtu.

Ibu lelaki itu, Haminah Harun, 68, ketika ditemui di rumahnya berkata anaknya itu hilang pada 9 malam Jumaat lalu dan usaha keluarga mencarinya gagal. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan