Lelaki Cedera Parah Ditembak Suspek Menaiki Kereta

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rakan mangsa (tengah) ditahan polis selepas memberi keterangan meragukan dalam kejadian tembakan di Taman Sintar Indah, Nibong Tebal Isnin.
Rakan mangsa (tengah) ditahan polis selepas memberi keterangan meragukan dalam kejadian tembakan di Taman Sintar Indah, Nibong Tebal Isnin.

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki berusia 40 tahun cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki kereta di hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Jawi, di sini, petang Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa bersama rakannya berumur 33 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan rumah berkenaan sebelum sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti berhampiran mereka.

"Seorang daripada lelaki di dalam kereta jenis Proton Wira itu melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana dua das tembakan mengenai bahu dan satu di kaki kiri mangsa, bagaimanapun rakannya terselamat.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan sebaik suspek melepaskan tembakan mereka terus memecut kenderaan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Katanya mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mazlan berkata berdasarkan siasatan awal, dua suspek yang menaiki kereta itu dipercayai mengekori mangsa dan rakannya sebelum bertindak menembak mangsa di hadapan rumah itu.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui tiga kelongsong peluru," katanya.

Mazlan berkata mangsa dan rakannya itu yang berasal dari Banting, Selangor dipercayai baru tiba di Pulau Pinang pagi ini bagi menguruskan beberapa urusan.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis menahan seorang lelaki iaitu rakan mangsa yang bersamanya di tempat kejadian berikutan keterangan yang diberikan mengelirukan dan diragui.

"Berdasarkan maklumat kita, rakan mangsa yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan pemalsuan dokumen, curi kenderaan dan dadah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan