Kenalan Kunci Teman Wanita Dalam Flat Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Difahamkan lelaki tersebut menuang petrol di keliling bilik sebelum memulakan kebakaran.
Difahamkan lelaki tersebut menuang petrol di keliling bilik sebelum memulakan kebakaran.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 29 tahun melecur teruk selepas seorang kenalan lelaki didakwa menguncinya di dalam sebuah bilik terbakar di sebuah flat di Desa Rejang, Setapak Jaya.

Difahamkan seorang jiran terlihat lelaki tersebut memasuki flat tersebut awal pagi Selasa, manakala wanita tersebut yang dikenali sebagai Sarliza Saidin, masih berada di dalam bilik bersama dengan tiga anak dan ibunya berusia 62 tahun.

Ibu mangsa, Som Dolah berkata, anak perempuannya sedang tidur di bilik tidur utama bersama dengan cucunya berusia setahun manakala dia tidur di ruang tamu bersama dengan dua lagi anak Sarliza berusia empat dan lima tahun.

"Saya tersedar apabila terdengar bunyi pergerakan lelaki itu," kata Som.

Suspek tersebut didakwa menuang petrol di keliling bilik dan memulakan kebakaran.

Som berkata, ketika tersedar, bilik tidur tersebut terbakar dan terlihat lelaki berkenaan meninggalkan rumah itu sebelum mengunci pintu utama.

"Saya berlari ke bilik untuk menyelamatkan Sarliza dan cucu saya," kata Som.

Seramai 41 anggota bomba dari balai bomba Setapak, Wangsa Maju dan Hang Tuah dikerahkan ke tempat kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi.

Kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 1.58 pagi.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata polis sedang menyiasat kes itu dari pelbagai sudut.

"Buat masa ini, teman lelaki Sarliza disiasat sebagai suspek utama dalam kes ini, dengan bermotifkan dendam.

"Dia akan dibawa ke balai untuk diambil keterangan," kata Khairi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan