Bantahan Roboh Gerai, Seorang Penjawat Awam Cedera

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera di kepala dan leher dipercayai akibat dikasari ketika sekumpulan peniaga dan penduduk kampung Teluk Bahang menghalang tindakan pihak berkuasa meroboh gerai mereka, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lebih 80 penduduk kampung berhampiran dan pemilik gerai menghalang anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) masuk ke kawasan mereka.

Pihak MPPP hadir diiringi pihak polis, dengan dua lori, dua van dan sebuah jentolak untuk meroboh gerai-gerai berhampiran pintu masuk ke Taman Negara Teluk Bahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin yang mengesahkan kejadian, berkata ketika perbincangan dengan polis seorang lelaki dipercayai melepaskan tumbukan ke arah kepala pegawai berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati dua individu cuba menumbuk dan mencekik mangsa tetapi berjaya dihalang oleh polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan