Anggota Imigresen Cedera Dalam Kemalangan Selepas Ops 6P

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang anggota Imigresen Melaka cedera dalam kemalangan melibatkan van dan trak jabatan itu selepas selesai operasi bersepadu 6P di sekitar Melaka Tengah, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi di kawasan perindustrian Krubong di sini, Siti Zaerah Sharif, 21, mengalami kecederaan ringan di hidung dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata ketika kejadian, anggota Imigresen itu bersama tujuh anggota dan pegawai termasuk pemandu baru selesai melakukan operasi selama enam jam bermula 12 tengah malam tadi di empat tapak pembinaan di sekitar Melaka Tengah.

Beliau berkata trak itu pula membawa sekumpulan rakyat asing yang ditahan dalam operasi berkenaan ke pejabat Imigresen Melaka di Ayer Keroh.

"Van berkenaan mengekori trak itu sebelum melanggar trak yang masuk ke kanan jalan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata anggota dan pegawai lain serta rakyat asing yang ditahan tidak cedera. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan