Suspek Kes Bunuh Ditembak Mati

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Tawau tahun lepas, ditembak mati oleh polis di Penampang malam tadi selepas bertindak agresif dan menyerang polis menggunakan pedang samurai.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata lelaki berumur 52 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditembak di sebuah rumah yang didiaminya di Kampung Maang, Penampang ketika polis cuba menahannya pukul 10 malam.

"Apabila polis memasuki rumah itu dan memperkenalkan diri, suspek bertindak agresif dengan membakar tilam dan melemparkannya kepada anggota polis.

"Kemudian dia menggunakan (sebilah) pedang samurai untuk menyerang polis," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pasukan polis terpaksa melepaskan empat das tembakan untuk mempertahankan diri dan suspek mati di tempat kejadian.

Menurut Hamza, sebelum kejadian itu, suspek dikesan memasuki sebuah premis makanan segera di Penampang kira-kira 3.30 petang dan semasa anggota polis ingin menahannya, lelaki itu melarikan diri dengan memandu sebuah kereta.

"Semasa dalam keadaan tergesa-gesa melarikan diri itu, dia melanggar seorang anggota kami. Anggota kami mendapat kecederaan yang agak serius iaitu mungkin mengalami keretakan di bahagian kepala," katanya.

Hamza berkata dengan kematian lelaki berkenaan, kes bunuh di Tawau yang dikaitkan dengan lelaki itu dianggap selesai.

Pada 5 Dis lepas di Tawau, seorang lelaki berumur 24 tahun maut selepas badannya melecur 80 peratus kerana terbakar ketika cuba menghalang seorang suspek berumur 52 tahun daripada membakar rumah yang beliau diami bersama kakaknya (isteri suspek) di Taman Semarak, kira-kira 8.15 pagi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan