Pasangan Thailand Miliki 31 Botol Heroin Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman (tengah) menunjukkan beberapa botol heroin yang dirampas daripada pasangan warga Thailand dalam satu pemeriksaan kenderaan di Lebuhraya Pasir Mas-Salor Isnin. foto - Bernama
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman (tengah) menunjukkan beberapa botol heroin yang dirampas daripada pasangan warga Thailand dalam satu pemeriksaan kenderaan di Lebuhraya Pasir Mas-Salor Isnin. foto - Bernama

KOTA BAHARU: Sepasang suami isteri warganegara Thailand ditahan polis di Lebuhraya Pasir Mas-Salor di sini semalam setelah didapati memiliki 31 botol heroin seberat 90.3 gram yang dianggarkan bernilai RM120,000.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata semasa memeriksa kenderaan mereka pada 12.25 tengah hari, polis menemui satu botol mengandungi bahan lutsinar berwarna putih seberat 0.3 gram dipercayai dadah heroin di bawah tempat duduk penumpang.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut kira-kira lima meter dari kereta pasangan itu, polis menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi 30 botol heroin dibungkus surat khabar di dalam semak.

"Setiap botol mengandungi bahan lutsinar seberat tiga gram dan dipercayai dibuang suspek sebelum ditahan anggota polis yang melakukan pemeriksaan," katanya dalam sidang media di IPD Kota Baharu di sini, Isnin.

Menurutnya rampasan dadah itu adalah yang terbesar melibatkan warga asing sejak tiga tahun lepas oleh Narkotik IPD Kota Baharu.

Azham berkata siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun menjalankan perniagaan menjual diesel di negara mereka.

Mereka memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah apabila Pas Lawatan Sempadan masing-masing telah tamat tempoh sejak sebulan lepas.

"Kedua-dua suspek dipercayai masuk ke negara ini sejak dua hari lepas dan ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke Rantau Panjang. Kami percaya heroin yang dimiliki suspek adalah untuk pasaran tempatan.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan penglibatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang turut menggunakan orang tempatan untuk mengedarkan bahan terlarang itu di negara ini," katanya.

Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntuk hukuman gantung mandatori dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntuk denda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan