Mayat Ku Muhammad Ilyas Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, yang dilapor dihanyut ombak kuat di Pantai Kerachut, Teluk Bahang di sini ditemui Isnin.

Mayat pekerja sebuah syarikat pengiklanan di Perai itu ditemui terapung oleh pasukan penyelamat pada pukul 4 petang berhampiran Pantai Muka Head, kira-kira dua batu nautika (3.4 kilometer) dari lokasi dia dilapor hilang Sabtu lepas.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Barat Daya merangkap komander operasi menyelamat Insp Mohd Zin Mat Ali berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Beliau berkata berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

Gerakan mencari sejak Sabtu lepas itu melibatkan 78 anggota daripada Polis Marin Wilayah Utara, Renjar Hutan, Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan nelayan dengan sembilan bot serta dua helikopter.

Dalam kejadian pada pukul 4.17 petang Sabtu lepas, lima pekerja sebuah syarikat pengiklanan di Perai, dekat sini dihanyut ombak deras ketika mandi di pantai itu.

Dua daripada mereka iaitu Nur Hayati Nasrul, 22, dan Nurul Ain Nabilah Mokthar, 21, berjaya diselamatkan, manakala P Yogambigai, 24, ditemui mati dan dua lagi hilang.

Mayat seorang daripada yang hilang iaitu Ashwanpaljit Singh Charnjit Singh, 22, dijumpai terapung oleh pasukan menyelamat pada 5 petang semalam.

Terdahulu ayah Ku Abdul Halim Ku Taha, 53, ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari anaknya itu.

Beliau bersyukur mayat anaknya ditemui dalam keadaan sempurna walaupun terendam dalam air laut lebih 48 jam.

"Alhamdulillah...keadaan arwah sempurna, mungkin ini kerana anak saya rajin mengamalkan solat Tahajud, solat Dhuha serta menghafal ayat-ayat al-Quran," katanya.

Beliau berkata jenazah Ku Muhammad Ilyas akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kubang Ulu, Bukit Mertajam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan