Kontraktor Temui Bom Lama

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebiji bom lama dijumpai di tebing Sungai Kinta berhampiran kuil Gunung Cheroh di sini Isnin.
foto - BERNAMA
Sebiji bom lama dijumpai di tebing Sungai Kinta berhampiran kuil Gunung Cheroh di sini Isnin. foto - BERNAMA

IPOH: Seorang kontraktor menemui sebutir bom lama ketika sedang melakukan kerja mengorek pasir di kawasan pengumpulan pasir di Gunung Cheroh berhampiran Sungai Kinta di sini, Isnin.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata dia memaklumkan perkara itu kepada polis selepas menemui bom berkenaan pada pukul 11 pagi.

"Pada mulanya saya menyangka itu adalah besi lama berdasarkan bunyi besi yang kedengaran ketika kerja mengorek pasir sedang dijalankan. Apabila saya lihat betul-betul ia adalah sebutir bom lama," katanya kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom itu yang dikenali sebagai 'Artillery Shell' sepanjang 56 sentimeter dan lebar 49 sentimeter.

"Bom berkenaan berkarat dan tidak mempunyai fius. Ia telah dimusnahkan dengan bantuan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada pukul 4.20 petang tadi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan