Tujuh Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Bengkel

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh buah kenderaan, termasuk sebuah teksi musnah selepas sebuah bengkel membaiki kereta terbakar dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Sungai Besi, berhadapan lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, bilik stor pelbagai alat ganti kenderaan dalam bengkel itu turut musnah.

Komander Operasi Kanan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Armdan Mahat berkata, empat jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Bandar Tun Razak, Seputeh dan Pudu dengan 38 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 8.12 malam.

Bomba yang tiba di lokasi 10 minit kemudian mengambil masa hampir 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke bahagian lain sebelum ia dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 9 malam.

Menurut Armdan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bengkel itu tidak dibuka pada Ahad.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan