Tiga Penumpang Maut, Bas Ekspres Terbabas Dekat Yong Peng

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Tiga penumpang maut apabila sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 107.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Yong Peng, di sini Ahad.

Dalam kejadian pukul 2.10 petang itu, bas yang membawa 17 penumpang dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru terbabas setelah hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistant Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga penumpang bas ekspres yang terbunuh adalah Mohd Sofian Nurhakim Mohd Zaidi 21, Ahmad Amirul Asraf Yaacob, 23 dan Mohammad Zikri Othman, 10.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Miros, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan siasatan.

“Kita akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan seperti JPJ, SPAD dan Miros untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kemalangan yang berlaku kerana ia melibatkan kemalnagan sendiri.

“Selain itu, kita juga akan memastikan setiap pemandu bas dan pemandu pengangkutan awam termasuklah teksi dan lori memandu dengan berhati-hati dengan mengantung lesen pemandu yang cuai.

“Kita juga akan ‘membuang’ lesen pemandu berkenaan jika mereka melakukan kesalahan buat kali kedua, dan buat masa ini bermula Oktober 2013, kira-kira 1,000 pemandu dalam pemantauan kami,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan