PDRM Kerjasama Dengan Interpol Susulan Kes Curi Cincin RM5.2 Juta

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan tiga wanita dan seorang budak perempuan dipercayai warga asing susulan kes kehilangan sebentuk cincin bernilai kira-kira RM5.2 juta di ibu negara, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pihaknya masih mengumpul maklumat dalam usaha mengenal pasti identiti kesemua individu terlibat.

"Kita percaya mereka masih berada di negara ini. Kita juga telah mengambil langkah meminta bantuan pihak Imigresen (untuk mengesan suspek) di pintu masuk dan keluar negara," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Dalam insiden kira-kira 3 petang itu, kumpulan wanita dan kanak-kanak itu dilaporkan memasuki kedai barang kemas eksklusif di pusat beli-belah di Bukit Bintang.

Namun, budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dipercayai menyelinap untuk mengambil kunci tempat cincin itu dipamerkan sebelum mencuri barang berharga itu dan meletakkan semula kunci berkenaan di tempat asal.

Polis telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan