Operasi Mencari Lapan Mangsa Bot Karam Di Daro Diteruskan

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUKAH:Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) lapan penduduk kampung yang hilang apabila bot panjang yang mereka naiki terbalik di Batang Lassa dekat Kampung Kut di Daro, kira-kira 150 kilometer dari sini pada Sabtu, disambung pada pukul 7 pagi Ahad.

Kira-kira 100 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Mukah, Sungai Merah dan Sibu terlibat dalam operasi itu. Mereka disertai pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Lembaga Sungai Sarawak dan penduduk tempatan.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu, 27 penduduk Kampung Tekajong dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai apabila bot yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak besar.

Enam belas penumpang terselamat, manakala lapan masih hilang dan tiga disahkan meninggal dunia.

Mereka yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Melati Jerah, 51, Sekiah Kifli, 49, dan Merah Murni, 55.

Mayat mereka dijangka dibawa pulang ke Kampung Tekajong untuk dikebumikan tengah hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan