Mayat Reput Dan Berulat Ditemui Di Felda Pasir Raja

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat di sebuah rumah di Felda Pasir Raja di sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata, mayat Ashri Yusof, 40, ditemui abang iparnya Misnan Tuminar yang berkunjung ke rumah peninggalan ibu mertuanya itu di mana Ashri tinggal bersendirian.

"Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah itu, saksi terhidu bau busuk mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak mengesyaki sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa.

Rahmat berkata, mayat anak bongsu daripada empat beradik dan masih bujang itu dihantar Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Pasir Raja, malam tadi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan